HomeUtamaBukan berniat jahat, saya cuma mahu cari jawapan – Ibu Zara

Bukan berniat jahat, saya cuma mahu cari jawapan – Ibu Zara

Read Time:1 Minute, 32 Second

Oleh J Evachel John

KOTA KINABALU: Ibu Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir memberitahu Mahkamah Koroner bahawa dia menggunakan media sosial kerana mahu mengetahui apa yang berlaku kepada anak tunggalnya.

Noraidah Lamat berkata, tindakan itu dibuat kerana tiada pihak yang memberitahunya mengenai apa yang berlaku kepada Zara.

“Atas sebab tidak terdapat mana-mana pihak yang memberitahu saya tentang apa yang berlaku terhadap Zara, saya telah menggunakan saluran sosial media bagi mengetahui apa yang berlaku terhadap Zara.

“Perkara tersebut saya lakukan bukan untuk berniat jahat terhadap mana-mana pihak tapi hanya untuk mencari jawapan terhadap apa yang berlaku kepada Zara, anak tunggal saya,” katanya di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan.

Sebelum itu, saksi ke 82 itu berkata beberapa guru sekolah menemuinya di hospital dan di rumah selepas kejadian, namun tiada yang memberitahunya apa yang berlaku walaupun dia sudah bertanya.

“Jawapan mereka tetap sama, semua murid tidur awal pukul 11 malam. Tidak ada saksi mata yang melihat kejadian pada malam itu,” katanya.

Katanya, dia juga pernah menyerahkan surat rasmi kepada pihak sekolah bagi meminta maklumat awal mengenai apa yang berlaku kepada Zara, namun tidak mendapat jawapan.

Noraidah berkata, seorang guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PK HEM) turut memberitahunya ketika berada di tanah perkuburan supaya tidak menularkan kejadian berkenaan.

“Guru PK HEM ada memberitahu saya semasa di Tanah Perkuburan, jangan viralkan kejadian ini,” katanya.

Menurutnya, ketika berada di rumahnya pula, guru berkenaan berkata pihak atasan melarang sekolah daripada memberikan maklumat mengenai kematian Zara kepadanya kerana kes masih dalam siasatan polis.

“Apabila saya bertanya, siapa pihak atasan tersebut, jawapannya ialah pegawai penyiasat Papar dan bahagian integriti. Malah, saya pernah diberitahu oleh pengetua sekolah untuk tidak membuat laporan polis,” katanya.

Tambahnya lagi, dia tidak pernah dimaklumkan mengenai siasatan dalaman yang dijalankan pihak sekolah berhubung kejadian pada malam 15 Julai 2025.

“Saya hanya mengetahui tentang siasatan dalaman tersebut melalui inkues prosiding,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Zara satu-satunya anak dan harapan saya – Ibu Zara

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular