HomeUtamaGuru bebas tuduhan amang seksual terhadap remaja lelaki

Guru bebas tuduhan amang seksual terhadap remaja lelaki

Read Time:48 Second

KENINGAU: Seorang guru sekolah rendah dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini daripada pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki berusia 16 tahun.

Hakim Dr Nur Ashikin  Mokhtar membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh, Muhammad Hafiz, 28.

Dalam penghakimannya kelmarin, hakim melepas dan membebaskan tertuduh tanpa dipanggil membela diri selepas berpuas hati bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadapnya.

Mengikut pertuduhan, Muhammad didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia 16 tahun bagi maksud seksual di sebuah premis dobi di Tenom, kira-kira jam 4 petang pada 9 Mac 2025.

Dia didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Sepanjang perbicaraan, pihak pendakwaan memanggil tujuh saksi untuk memberikan keterangan.

Pendakwaan sepanjang perbicaraan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Esther Cynthia Jebon, manakala Timbalan Pendakwa Raya Ling Guong Zhin hadir bagi pihak pendakwaan ketika keputusan dibacakan.

Tertuduh diwakili peguam Sylyester Kuan.

RELATED ARTICLES
Utama

KAJEBO pelihara warisan budaya Borneo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular