HomeSukanKRT Buang Sayang Papar juara futsal lelaki Liga Sukan Uniti 2026 Zon...

KRT Buang Sayang Papar juara futsal lelaki Liga Sukan Uniti 2026 Zon Sabah

Read Time:1 Minute, 26 Second

KOTA KINABALU: KRT Buang Sayang, Papar muncul juara kategori futsal lelaki pada Liga Sukan Uniti 2026 Peringkat Zon Sabah yang berlangsung dengan penyertaan menggalakkan daripada pasukan komuniti di seluruh negeri.

Kategori futsal wanita pula dimenangi KRT PPR Seri Keramat, sekali gus melengkapkan kejayaan pasukan komuniti dalam kejohanan yang menjadi antara platform menggalakkan penyertaan masyarakat menerusi aktiviti sukan.

Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, Dato Haslina Abdul Hamid berkata, penganjuran kejohanan tahun ini mencatat sambutan memberangsangkan dengan penyertaan 24 pasukan futsal lelaki dan 18 pasukan futsal wanita.

Menurutnya, penglibatan aktif masyarakat dalam kejohanan itu bukan sahaja menyemarakkan budaya bersukan, malah dapat memperkukuh hubungan serta semangat perpaduan dalam kalangan komuniti.

Beliau turut merakamkan tahniah kepada semua pemenang dan peserta yang mengambil bahagian, selain berharap penganjuran Liga Sukan Uniti dapat diteruskan sebagai wadah menyatukan masyarakat melalui aktiviti sukan.

“Penglibatan masyarakat dalam aktiviti seperti ini penting kerana sukan bukan sahaja menyumbang kepada gaya hidup sihat, tetapi turut menjadi medium untuk mengeratkan hubungan dan memupuk semangat perpaduan,” katanya.

Selain futsal, acara Sukan Rakyat turut mendapat sambutan menggalakkan dengan penyertaan 16 pasukan bagi setiap kategori iaitu Rampanau, Boling Padang dan Melastik.

Bagi acara berkenaan, KRT Kokol muncul juara kategori Rampanau, manakala KRT Perumahan Laya-Laya memenangi kategori Boling Padang.

KRT Ramayah, Penampang pula dinobatkan sebagai juara acara Melastik.

Majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang disempurnakan Haslina pada kemuncak penganjuran Liga Sukan Uniti 2026 Peringkat Zon Sabah di Kompleks Sukan Tun Adnan, Yayasan Sabah, di sini.

Kesemua pemenang menerima hadiah berupa wang tunai, pingat dan piala sebagai pengiktirafan atas pencapaian masing-masing dalam kejohanan berkenaan.

Penganjuran Liga Sukan Uniti 2026 diharap terus menjadi platform yang menggalakkan penyertaan masyarakat dalam aktiviti sukan, di samping memperkukuh interaksi dan perpaduan dalam kalangan komuniti pelbagai latar belakang.

RELATED ARTICLES
Sukan

N24 Champions League perkukuh perpaduan masyarakat Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular