HomeUtamaBeranda penginapan terjejas akibat tanah runtuh di Kundasang

Beranda penginapan terjejas akibat tanah runtuh di Kundasang

Read Time:57 Second

KOTA KINABALU: Beranda sebuah rumah penginapan, Nikie Villa, terjejas selepas berlaku kejadian tanah runtuh di Kampung Gorowot Sinisian, Kundasang, Ranau, petang semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau Rantey Fred berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu menerusi talian NG999 pada jam 4.08 petang.

Susulan itu katanya, pasukan dari BBP Ranau dikerahkan ke lokasi dan tiba pada jam 4.23 petang, kira-kira 14 kilometer dari balai.

Menurutnya lagi, pemeriksaan awal mendapati berlaku runtuhan tanah di lokasi kejadian, namun tiada mangsa dilaporkan terlibat.

“Tiada mangsa yang terlibat, hanya beranda rumah penginapan Nikie Villa terjejas akibat runtuhan,” katanya dalam kenyataan di sini pada Rabu.

Rantey berkata, pihaknya turut menjalankan pemeriksaan dan pemantauan di sekitar lokasi bagi memastikan keadaan selamat.

Beliau berkata, penduduk di kawasan sekitar turut dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan, khususnya ketika hujan.

Operasi dilaporkan terkawal pada jam 4.50 petang sebelum ditamatkan sepenuhnya pada jam 5.14 petang selepas pemeriksaan dan pemantauan di lokasi selesai dijalankan.

Tambahnya, pemantauan berterusan akan dilaksanakan di kawasan terjejas bagi memastikan keselamatan penduduk serta keadaan persekitaran.

Turut berada di lokasi ialah anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).

RELATED ARTICLES
Utama

Lelaki nafi tuduhan sebabkan kematian, miliki bakakuk dan peluru

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular