HomeUtamaPenduduk Magandai perlu tempuh perjalanan berjam-jam dapatkan rawatan

Penduduk Magandai perlu tempuh perjalanan berjam-jam dapatkan rawatan

Read Time:1 Minute, 24 Second

KOTA MARUDU: Faktor geografi dan aksesibiliti menjadi antara cabaran utama penduduk Kampung Magandai untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan, dengan sebahagian mereka perlu menggunakan bot, kenderaan pacuan empat roda atau berjalan kaki selama beberapa jam untuk ke pekan atau bandar berhampiran.

Keadaan itu mendorong Hospital Universiti Malaysia Sabah (HUMS) memperluaskan capaian perkhidmatan kesihatan menerusi Program Sentuhan Kasih: Revitalisasi Kesihatan dan Kebajikan di Kawasan Pedalaman 2026 yang berlangsung di Sekolah Kebangsaan (SK) Magandai, baru-baru ini.

Program anjuran Jabatan Perkhidmatan Kejururawatan (JPK) HUMS itu dilaksanakan dengan kerjasama Kelab Pacuan Empat Roda di bawah pimpinan Pusat Uberisasi Kesihatan dan Komuniti HUMS.

Menerusi program berkenaan, sebanyak 10 kenderaan pacuan empat roda digerakkan bagi membawa bekalan perubatan, peralatan diagnostik kesihatan serta barangan sumbangan terus ke kawasan pedalaman berkenaan.

Seramai 23 kakitangan HUMS menyertai misi berkenaan yang memberi tumpuan kepada penyampaian perkhidmatan kesihatan secara lebih dekat kepada komuniti yang berdepan kekangan logistik.

Program itu mendapat sambutan menggalakkan apabila 115 penduduk Kampung Magandai dan kawasan sekitar hadir mendapatkan rawatan serta perkhidmatan kesihatan yang disediakan.

Selain rawatan, HUMS turut melaksanakan sesi literasi kesihatan secara interaktif kepada murid SK Magandai dengan memberi pendedahan mengenai kepentingan penjagaan kesihatan dan pencegahan penyakit.

Pendekatan itu turut merangkumi aspek pengurusan penyakit kronik, kesedaran penjagaan kesihatan mental serta sokongan sosial sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh kesejahteraan komuniti secara menyeluruh.

Dalam program sama, sumbangan khas turut disampaikan kepada 12 penduduk Kampung Magandai bagi membantu meringankan beban penerima.

Menurut HUMS, pemilihan Kampung Magandai sebagai lokasi program turut memperkukuh usaha universiti memperluaskan khidmat bakti kepada masyarakat luar bandar dan pedalaman.

Inisiatif itu juga menjadi kesinambungan libat urus UMS di kawasan berkenaan, selepas Kelab Pacuan Empat Roda UMS melaksanakan Ekspedisi Rentas Borneo Kali Ke-4 pada 2017.

RELATED ARTICLES
Utama

LLM mohon maaf gangguan TuJu, giat pulihkan sistem dan tingkat keupayaan...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular