HomeSukanBorneo Safari 2026 tarik 1,720 peserta dari 15 negara

Borneo Safari 2026 tarik 1,720 peserta dari 15 negara

Read Time:1 Minute, 0 Second

KOTA KINABALU: Seramai 1,720 peserta dengan penyertaan antarabangsa dari 15 negara selain Malaysia menyertai Cabaran Borneo Safari International Offroad ke-34, 2026, yang bermula di sini, pagi tadi.

Penganjuran tahun ini turut mencatatkan penyertaan sebanyak 650 kenderaan, sekali gus mengukuhkan kedudukan acara pacuan empat roda (4×4) itu sebagai antara tarikan utama pelancongan pengembaraan di Sabah.

Majlis pelepasan rasmi disempurnakan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Jafry Ariffin, di perkarangan Lembaga Pelancongan Sabah (STB), Jalan Gaya, di sini.

Acara selama lapan hari itu menghimpunkan peminat sukan lasak dari dalam dan luar negara untuk menyertai ekspedisi merentasi kawasan pedalaman Sabah yang mencabar, termasuk hutan, sungai dan bekas laluan pembalakan.

Daripada jumlah penyertaan itu, seramai 31 peserta mengambil bahagian dalam kategori pertandingan yang memerlukan mereka mengharungi 24 Peringkat Khas (SS) sepanjang acara berkenaan.

Selain menguji kemahiran pemanduan dan ketahanan kenderaan, cabaran itu turut memberi peluang kepada peserta meneroka keindahan alam semula jadi Sabah menerusi laluan yang sukar diakses.

Penganjuran Borneo Safari International Offroad Challenge juga terus memperkukuh promosi Sabah sebagai destinasi pelancongan pengembaraan, selain menjadi platform mengeratkan hubungan persahabatan antara peserta antarabangsa.

Acara itu dijadualkan berakhir dengan majlis makan malam gala di Dewan Hakka, Kota Kinabalu, pada 1 November ini.

RELATED ARTICLES
Sukan

KRT Buang Sayang Papar juara futsal lelaki Liga Sukan Uniti 2026...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular