HomeUtamaPenunggang p-hailing didakwa edar 32kg syabu

Penunggang p-hailing didakwa edar 32kg syabu

Read Time:48 Second

Oleh J Evachel John

KOTA KINABALU: Seorang penunggang perkhidmatan penghantaran makanan (p-hailing) didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan mengedar syabu seberat lebih 32 kilogram di Penampang, bulan lalu.

Pertuduhan terhadap Danial Darwis, 29, dibacakan di hadapan Majistret Marilyn Kelvin.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana pengakuan hanya akan direkodkan di Mahkamah Tinggi selepas kes itu dipindahkan ke sana.

Mengikut kertas pertuduhan, Danial didakwa mengedar dadah berbahaya jenis methamphetamine seberat 32,007.56 gram di belakang bangunan VSK Auto Trading, Jalan Bundusan, Penampang, kira-kira jam 8.30 malam pada 21 Oktober 2026.

Dia didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan, jika tidak dijatuhi hukuman mati, sebatan tidak kurang daripada 12 kali, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 21 Disember 2026 sebagai tarikh sebutan semula kes.

Timbalan Pendakwa Raya Ronnie Anthony mengendalikan pendakwaan.

RELATED ARTICLES
Utama

Peniaga kenakan caj tersembunyi berdepan denda sehingga RM100,000 – Armizan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular