HomeUtamaSyarikat didenda RM302,000 gagal patuhi notis perbaikan

Syarikat didenda RM302,000 gagal patuhi notis perbaikan

Read Time:1 Minute, 16 Second

KOTA KINABALU: Sebuah syarikat didenda RM302,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini kerana gagal mematuhi Notis Pembaikan di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.

Hakim Monica Linsua menjatuhkan hukuman itu terhadap Kiong Sing (Sabah) Sdn Bhd selepas Eksekutif Operasi dan Pematuhan syarikat itu mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dikenakan, pada Isnin.

Mahkamah mengenakan denda RM10,000 bagi kesalahan utama serta denda tambahan RM2,000 sehari bagi tempoh 146 hari syarikat itu gagal mematuhi notis berkenaan, menjadikan jumlah keseluruhan RM302,000.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan permohonan syarikat untuk membayar denda secara ansuran, dengan bayaran awal RM10,000 perlu dijelaskan pada hari sabitan.

Baki denda perlu dijelaskan dalam enam ansuran bulanan bermula 15 Disember 2026, iaitu RM50,000 sebulan bagi lima ansuran pertama dan bayaran ansuran terakhir RM42,000 pada 15 Mei 2027.

Sekiranya gagal membayar mana-mana ansuran, waran penyitaan akan dikeluarkan terhadap syarikat itu bagi mendapatkan semula denda berkenaan.

Mengikut pertuduhan syarikat berkenaan sebagai majikan, telah gagal mematuhi Notis Perbaikan yang dikeluarkan yang dikeluarkan oleh seorang pegawai pada 13 Januari tahun ini di bawah seksyen 48, Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.

Kesalahan itu dilakukan pada 14 Mei 2026, jam 11 pagi, di premis Kiong Sing (Sabah) Sdn. Bhd. Wisma Kiong Sing, Jalan Tuaran, Inanam.

Syarikat berkenaan didakwa mengikut Seksyen 49(2) Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM500,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Peruntukan itu turut membolehkan denda tambahan RM2,000 dikenakan bagi setiap hari kesalahan berkenaan berterusan, jika sabit kesalahan.

RELATED ARTICLES
Utama

Selangor cadang wajibkan penyembelih halal bertauliah di premis berlesen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular