HomeUtamaTiga Pegawai Tentera, Tiga Awam Didakwa Edar 96.2kg Syabu Di Pangkalan TUDM

Tiga Pegawai Tentera, Tiga Awam Didakwa Edar 96.2kg Syabu Di Pangkalan TUDM

Read Time:1 Minute, 14 Second

SHAH ALAM: Tiga Pegawai Tentera antara Enam individu yang berdepan pertuduhan berat mengedar 96.2 kilogram (kg) dadah jenis methamphetamine di ruang legar pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Subang, minggu lalu.

Kesemua tertuduh iaitu Amir Ariffudin Aminullah, Arief Fauzan Mohd Ali, Amirul Faisal Rosdin, Tan Sui Seng, Nur Hanis Syafiqah Muhammed Amin dan Afifah Amdas didakwa melakukan perbuatan itu secara bersama pada 17 November lalu.

Mereka bagaimanapun hanya menyatakan faham terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Wan Noora Nisa Ngadirin di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman penjara antara 30 hingga 40 tahun atau hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 23 Februari depan untuk pengurusan kes dan tidak membenarkan kesemua tertuduh diikat jamin.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Sazali Omar dan Fairuz Johari, manakala empat tertuduh lelaki diwakili peguam masing-masing, Amin Abdullah, Arif Azmi, Johan Radzi, Raqib Osman, Alif Ahmad Tarmizi dan Arif Rafin.

Dua tertuduh wanita, Hanis dan Afifah, tidak diwakili peguam.

Sebelum ini, polis menahan 11 individu terdiri daripada lima pegawai tentera dan enam orang awam bagi membantu siasatan berhubung kegiatan sindiket pengedaran dadah rentas sempadan.

Sindiket yang dipercayai aktif sejak Julai lalu itu disyaki menggunakan aset tentera untuk menyeludup dadah dari Semenanjung Malaysia ke Sabah sebelum diedarkan ke pasaran antarabangsa, khususnya Filipina dan Indonesia.

Sementara itu, tujuh lagi individu yang tidak didakwa hari ini akan ditahan mengikut Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985.

RELATED ARTICLES
Utama

PIBKS terus perkukuh kerjasama tingkat mutu pendidikan Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular