HomeUtamaDUN Sabah: JKR perlu selesai isu kesesakan lalu lintas di Kem Lok...

DUN Sabah: JKR perlu selesai isu kesesakan lalu lintas di Kem Lok Kawi

Read Time:1 Minute, 29 Second

KOTA KINABALU: Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah digesa menyediakan laluan alternatif sementara yang berturap dan selamat bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas di kawasan berhadapan Kem Lok Kawi, dekat sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Keramat, Shah Alfie Yahya berkata, gesaan itu dibuat susulan banyak aduan daripada penduduk dan pengguna jalan raya yang berdepan kesesakan lalu lintas yang kronik.

Beliau berharap tambahan peruntukan sebanyak RM18.5 juta, masing-masing melibatkan Kepala S36 (RM7.3 juta) dan Kepala S37 (RM11.2 juta), dapat dimanfaatkan JKR bagi menyelesaikan masalah itu secara tuntas.

“Kita tahu punca utama kesesakan ini adalah daripada impak pelaksanaan Projek Lebuhraya Pan Borneo Pakej Kerja WP06 (Jalan Putatan ke Inanam).

“Kita menyokong penuh projek bernilai RM913 juta ini. Namun, memandangkan tempoh penyiapannya dilanjutkan sehingga tahun 2028, rakyat tidak patut dibiarkan menderita menghadap kesesakan yang teruk selama dua tahun lagi tanpa sebarang tindakan mitigasi,”katanya.

Beliau berkata demikian dalam sesi perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Enakmen Perbekalan Tambahan (2026) bersempena Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ke-17, pada Isnin.

Shah Alfie berkata, dengan adanya peruntukan tambahan itu, kerajaan perlu menyediakan laluan alternatif sementara yang selamat dan berturap, selain memperkasa pengurusan trafik di tapak pembinaan supaya kerja-kerja pembinaan tidak dijalankan pada waktu puncak.

“Selain penyediaan laluan alternatif sementara, pengurusan trafik di tapak pembinaan juga perlu diperkasa bagi mengelak kerja-kerja pembinaan dijalankan pada waktu puncak di lokasi itu.

“Ketiga, saya mencadangkan supaya dana jalan berulang digunakan untuk menyegerakan kerja penurapan jalan berlubang di Putatan yang rosak akibat dilalui lori berat demi keselamatan pengguna jalan raya.

“Selain itu, saya memohon penjelasan terkini kerajaan berhubung perancangan pembinaan Lebuhraya Persisiran Pantai (Coastal Highway) dari Tanjung Aru ke Kuala Papar. Lebuh raya ini adalah penyelesaian trafik jangka panjang yang wajib diberi keutamaan bagi daerah Putatan,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah: Tapak projek naik taraf Hospital Ranau sedang dikenal pasti

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular