HomeUtama10 warga asing didenda, dipenjara masuk Sabah tanpa pas sah

10 warga asing didenda, dipenjara masuk Sabah tanpa pas sah

Read Time:1 Minute, 12 Second

Oleh J Evachel John

KOTA KINABALU: Seramai 10 warga asing didenda dan dipenjara oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah memasuki Sabah tanpa pas yang sah.

Dua daripada mereka, Liu Qing dan Mu Yonggao, kedua-duanya warga China, masing-masing didenda RM5,000 atau lima bulan penjara jika gagal membayar denda.

Kedua-dua tertuduh ditahan pada 8 Julai lalu di Kaunter 8, Pemeriksaan Imigresen, Balai 1 Perlepasan Domestik, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu selepas didapati memasuki Sabah tanpa pas yang sah.

Mereka didakwa di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) dibaca bersama Seksyen 64(4)(b) akta yang sama dan boleh dihukum di bawah Seksyen 6(3) akta berkenaan.

Kesalahan itu memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali, serta sebatan tidak melebihi enam kali, jika sabit kesalahan.

Manakala, tujuh lagi warga asing, terdiri daripada enam wanita warga Filipina dan seorang lelaki warga Indonesia, masing-masing dijatuhi hukuman penjara empat bulan dari tarikh tangkap selepas mengaku bersalah masuk ke negara Malaysia tanpa pas yang sah.

Seorang lagi lelaki warga Filipina pula didenda RM4,000 atau empat bulan penjara jika gagal membayar denda atas kesalahan yang sama.

Kesemua mereka didakwa di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Hakim Hurman Hussain turut memerintahkan kesemua tertuduh dirujuk semula kepada Jabatan Imigresen Malaysia untuk tindakan lanjut selepas selesai menjalani hukuman.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Chin Tze Mee.

RELATED ARTICLES
Utama

Miliki MyKad palsu, wanita dipenjara 28 bulan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular