HomeUtamaMiliki MyKad palsu, wanita dipenjara 28 bulan

Miliki MyKad palsu, wanita dipenjara 28 bulan

Read Time:48 Second

Oleh J Evachel John

KOTA KINABALU: Seorang wanita warga asing dipenjara 28 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini selepas mengaku bersalah memiliki sekeping MyKad palsu.

Majistret Marilyn Kelvin menjatuhkan hukuman itu terhadap Rowena Llenado, 44.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dirujuk kepada Jabatan Imigresen Malaysia untuk tindakan lanjut selepas selesai menjalani hukuman.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didapati memiliki MyKad palsu tersebut atas nama Norain Abd Rahman tanpa kuasa yang sah di Balai Polis Inanam pada 30 Julai 2026, kira-kira jam 6.20 petang.

Tertuduh didakwa mengikut Peraturan 25(1)(e) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007) yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh ditahan dalam Operasi Bersepadu selepas disyaki memiliki MyKad palsu.

Semakan cap jari mendapati kedua-dua cap ibu jari tertuduh tiada dalam rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Pegawai Pendakwa JPN, Mohamad Faizal Tahir mengendalikan pendakwaan, manakala tertuduh diwakili peguam.

RELATED ARTICLES
Utama

10 warga asing didenda, dipenjara masuk Sabah tanpa pas sah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular