HomeUtamaTiga dipercayai anggota polis terkena renjatan elektrik di Kg Weston

Tiga dipercayai anggota polis terkena renjatan elektrik di Kg Weston

Read Time:58 Second

Oleh Normimie Diun

BEAUFORT: Tiga individu yang dipercayai anggota polis dilaporkan menjadi mangsa renjatan elektrik dalam satu kejadian di Jalan Weston, Kampung Weston, di sini, petang tadi.

Kejadian itu turut tular di media sosial menerusi beberapa rakaman video yang memaparkan tiga individu dipercayai anggota polis terbaring di atas jalan, manakala orang awam dan beberapa individu lain dilihat berada di lokasi kejadian.

Bagaimanapun, punca sebenar insiden itu masih belum dapat dipastikan dan identiti mangsa belum disahkan secara rasmi oleh pihak berkuasa.

Sementara itu, menurut maklumat awal Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan menerusi talian MERS 999 berhubung kejadian itu pada petang ini.

Susulan itu, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beaufort menggerakkan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) bersama tujuh anggota ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 28 kilometer dari balai.

Menurut laporan awal JBPM, pihaknya menerima maklumat bahawa tiga mangsa terkena renjatan elektrik di Jalan Weston, Kampung Weston, sebelum pasukan bomba dikerahkan ke lokasi bagi menjalankan operasi menyelamat.

Sabah Media sedang mendapatkan pengesahan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta pihak berkuasa berkaitan berhubung identiti mangsa, keadaan mereka dan punca kejadian.

Berita lanjut menyusul.

RELATED ARTICLES
Utama

Dr Joachim sah Presiden PBS, Joniston dan Ruslan menang tanpa bertanding...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular