HomeUtamaPenyelewengan diesel dikesan, kes diserah kepada KPDN Tawau

Penyelewengan diesel dikesan, kes diserah kepada KPDN Tawau

Read Time:34 Second

TAWAU: Pemantauan dan risikan Pasukan Polis Marin (PPM) di sekitar Jeti CIQ Lama di sini membawa kepada penemuan satu kes disyaki penyelewengan minyak diesel bersubsidi.

Kes berkenaan kemudian diserahkan PPM kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Tawau hari ini untuk tindakan lanjut.

“Kes itu diserahkan kepada Seksyen Penguat Kuasa untuk tindakan lanjut mengikut peruntukan undang-undang yang dikuatkuasakan.

“KPDN Cawangan Tawau komited membanteras sebarang aktiviti penyelewengan barang kawalan bagi melindungi kepentingan rakyat dan negara,” menurut kenyataan KPDN Sabah.

Menurut kenyataan itu, sebarang cubaan menyeleweng atau menyalahgunakan minyak diesel adalah satu kesalahan serius dan tindakan akan diambil tanpa kompromi.

Orang ramai boleh menyalurkan aduan berkaitan menerusi saluran aduan rasmi KPDN.

RELATED ARTICLES
Utama

SEDCO salur 10 peratus keuntungan tahunan untuk perkasa usahawan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular