HomeUtamaCOVID-19 : Beberapa Daerah Catat Pertambahan Kes

COVID-19 : Beberapa Daerah Catat Pertambahan Kes

Read Time:1 Minute, 0 Second

KOTA KINABALU : Beberapa buah daerah di Sabah mencatat pertambahan kes baharu hari ini kepada 156 kes berbanding 122 kes yang direkodkan semalam.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, jumlah kumulatif harian itu naik sebanyak 34 kes pada hari ini.

“Kota Kinabalu kembali merekodkan jumlah kes yang tertinggi di Sabah dengan 28 kes, naik 9 kes berbanding sebelumnya.

“Ini diikuti oleh Penampang dengan 19 kes (+14), Tuaran 18 kes (+2), Kota Belud 15 kes (-4), Sandakan 13 kes (+12) dan Papar 11 kes (+8),” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Masidi berkata, semua daerah turut mencatatkan kes baharu satu angka termasuk sembilan daerah yang masing-masing dengan satu kes sahaja.

Katanya, daerah Keningau, Pitas dan Kalabakan tidak mencatat sebarang kes baharu.

“Daripada 156 kes baharu hari ini, 150 kes adalah dalam Kategori 1 dan 2, tiga kes dalam Kategori 3, tidak ada pesakit dalam Kategori 4 dan seorang pesakit dalam Kategori 5.

“Dua kes lain masih dalam penilaian lanjut Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS),” katanya.

Sementara itu, Masidi berkata, berdasarkan kepada statistik kes harian semalam, jangkaan kadar kebolehjangkitan COVID-19 atau R0/RT bagi seluruh negara ialah 0.91, dan bagi negeri Sabah, 0.84.

RELATED ARTICLES
Utama

Mangsa samun ditetak, patah tulang, luka lengan kanan dan kiri

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya