HomeUtama403 anggota penguatkuasa sertai sambutan Hari Pahlawan Sabah 2026

403 anggota penguatkuasa sertai sambutan Hari Pahlawan Sabah 2026

Read Time:49 Second

KOTA KINABALU : Seramai 403 anggota penguatkuasa daripada pelbagai agensi menyertai Sambutan Hari Pahlawan Peringkat Negeri Sabah 2026 yang berlangsung di Tugu Pahlawan, Taman Ujana Rimba, pada Jumaat.

Penyertaan itu melibatkan 13 kontinjen terdiri daripada pasukan keselamatan dan agensi berkaitan, antaranya Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Acara bermula pada 8.20 pagi sejurus ketibaan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Zainuddin Aman bagi mewakili Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor sebelum majlis diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Sabah Tanah Airku.

Upacara penghormatan dimulakan dengan tiupan “Last Post” disusuli dengan bertafakur selama 20 saat bagi memperingati mereka yang terkorban dalam mempertahankan keamanan dan kedaulatan negara.

Seterusnya, Zainuddin mengambil tempat di hadapan Tugu Pahlawan bagi menerima tabik hormat.

Turut hadir ialah Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Razali Wahab, Panglima 5 Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Shamshor Jaafar dan Datuk Bandar Kota Kinabalu, Datuk Seri Dr. Sabin Samitah.

RELATED ARTICLES
Utama

Gagal letak tanda harga, pasar raya dikompaun RM3,000

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular