HomeSukanSUKMA XXII : Skuad pelayaran Sabah yakin raih dua emas

SUKMA XXII : Skuad pelayaran Sabah yakin raih dua emas

Read Time:1 Minute, 15 Second

KOTA KINABALU : Pasukan pelayaran kontinjen Sabah meletakkan sasaran untuk meraih dua pingat emas pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026 yang dijadualkan berlangsung dari bermula Selasa ini sehingga 23 Ogos nanti.

Presiden Persatuan Pelayaran Negeri Sabah, Zainal Madi, berkata pihaknya menaruh harapan tinggi terhadap 14 atlet yang akan membawa cabaran negeri itu, hasil persiapan rapi serta disiplin tinggi yang diterapkan sepanjang tempoh latihan.

“Kita meletakkan harapan yang cukup tinggi buat kontinjen pelayaran Negeri Sabah yang bakal berjuang di temasya SUKMA Selangor 2026.

“Dengan persiapan rapi, disiplin yang tinggi serta pengorbanan yang telah dicurahkan sepanjang latihan, kami berkeyakinan penuh bahawa sasaran pingat emas yang telah ditetapkan mampu direalisasikan,” katanya.

Menurut Zainal, Sabah menyasarkan dua pingat emas dalam acara ILCA 4 kategori lelaki dan wanita, selain berharap keseluruhan atlet mampu memberikan saingan terbaik dalam setiap acara yang disertai.

Beliau berkata, sasaran berkenaan dibuat berdasarkan persiapan dan prestasi pasukan yang menunjukkan perkembangan positif sepanjang menjalani latihan sebagai persediaan menghadapi temasya berkenaan.

“Pada edisi SUKMA Selangor 2026 ini, kita berharap semua atlet dapat berdaya saing dan menunjukkan kecemerlangan masing-masing bagi mencapai pencapaian yang membanggakan buat Negeri Sabah,” katanya.

Pada SUKMA Sarawak 2024, skuad pelayaran Sabah mencatat pencapaian membanggakan apabila mengumpul tiga pingat emas, enam perak dan satu gangsa.

Tiga pingat emas Sabah pada temasya berkenaan disumbangkan oleh Asnawi Iqbal Adam dalam acara ILCA 6, Zeti Irdina Zainal (ILCA 4) dan Marcella Wilson (Windsurf BIC Techno).

Untuk edisi SUKMA Selangor 2026, Sabah akan menyertai kesemua sembilan acara yang dipertandingkan dalam sukan pelayaran. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Sukan

SUKMA XXII : Olahraga, Silat dan Taekwondo sandaran Sabah buru pingat...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular