HomeUtamaProgram komuniti medium Kerajaan dekati rakyat – Hendrus

Program komuniti medium Kerajaan dekati rakyat – Hendrus

Read Time:1 Minute, 23 Second

KOTA MARUDU : Program bersama komuniti menjadi medium penting bagi kerajaan mendekati rakyat, menyampaikan maklumat sahih serta memahami keperluan di peringkat akar umbi.

Pembantu Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan, Datuk Hendrus Anding berkata, pendekatan secara langsung itu memberi ruang kepada masyarakat mendapatkan penjelasan mengenai pelbagai perkhidmatan dan inisiatif yang disediakan kerajaan.

“Penglibatan pelbagai agensi dalam program berkenaan turut memberi peluang kepada masyarakat berinteraksi secara langsung dengan wakil kerajaan, sekali gus mendapatkan maklumat berkaitan perkhidmatan dan inisiatif yang disediakan.

“Program bersama komuniti seperti ini memberi ruang kepada kerajaan untuk lebih mendekati rakyat, menyampaikan maklumat yang sahih, mendengar suara komuniti serta memperkukuhkan jaringan kerjasama antara agensi dan masyarakat setempat.

“Penglibatan pelbagai agensi dalam program berkenaan turut memberi peluang kepada masyarakat berinteraksi secara langsung dengan wakil kerajaan, sekali gus mendapatkan maklumat berkaitan perkhidmatan dan inisiatif yang disediakan.

“Keutamaan kita adalah memperkukuh kemudahan asas, meningkatkan peluang ekonomi, memperkasa belia, memperkukuh pendidikan dan memastikan kesejahteraan masyarakat sentiasa terpelihara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada Majlis Perasmian Program Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) di Tamu Berbumbung Pekan Tandek, di sini, pada Isnin.

Sementara itu, Hendrus berkata sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Sabah juga wajar dijadikan ruang untuk memperkukuh semangat patriotisme serta menghargai keamanan dan keharmonian yang dinikmati rakyat.

“Semangat patriotisme tidak seharusnya hanya dirasai ketika sambutan Hari Kebangsaan, sebaliknya diterjemahkan melalui tindakan setiap hari dengan menjaga keharmonian, menghormati perbezaan dan memelihara keamanan.

“Kenalilah sejarah, cintailah Malaysia dan teruskan usaha membina masa depannya yang baik untuk negeri Sabah dan negara kita Malaysia,” ujarnya.

Hendrus berharap program seumpama itu dapat diteruskan sebagai platform berterusan untuk memperkukuh hubungan kerajaan dan rakyat, menyemai semangat patriotisme serta membina komuniti yang lebih berilmu, prihatin dan bersatu padu.

RELATED ARTICLES
Utama

Inkues Zara: Suasana tegang, prosiding terhenti lebih 30 minit

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular