HomeUtamaLagi premis perniagaan dikompaun isu alat timbang di Tawau

Lagi premis perniagaan dikompaun isu alat timbang di Tawau

Read Time:1 Minute, 3 Second

TAWAU: Tiga premis perniagaan di daerah ini dikenakan kompaun selepas didapati menggunakan alat timbang dan sukat yang gagal ditentusahkan untuk tujuan perdagangan.

Kompaun itu dikenakan susulan pemeriksaan selama dua hari, baru-baru ini, oleh pasukan penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Tawau.

Ketiga-tiga kes merupakan pelanggaran Akta Timbang dan Sukat 1972.

KPDN Sabah dalam kenyataan berkata, di bawah akta berkenaan, individu yang disabitkan kesalahan boleh didenda sehingga RM50,000 atau dipenjarakan sehingga dua tahun atau kedua-duanya.

Bagi kesalahan kedua atau berikutnya, denda boleh meningkat sehingga RM100,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya. Syarikat pula boleh didenda sehingga RM100,000 bagi kesalahan pertama dan sehingga RM250,000 bagi kesalahan berikutnya.

Dalam pemeriksaan berkenaan, KPDN Tawau mendapati kebanyakan peniaga mematuhi undang-undang yang dikuatkuasakan KPDN, khususnya berkaitan penandaan harga serta penggunaan alat timbang dan sukat yang telah ditentusahkan untuk tujuan perdagangan.

Pemeriksaan ke atas stesen minyak di sekitar Tawau pula mendapati stesen yang diperiksa menyediakan Peti dan Buku Log Lawatan KPDN serta mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Dalam operasi itu juga, lebih 100 Kenyataan Pemeriksaan Premis (KPP) dikeluarkan.

KPDN Tawau berkata pemeriksaan dan pemantauan dilaksanakan secara konsisten dan akan terus dipertingkatkan bagi memastikan persekitaran perdagangan yang adil, telus serta mematuhi perundangan.

RELATED ARTICLES
Utama

Saman fitnah terhadap SMM ditolak, Albert Tei diperintah bayar kos RM25,000

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular