HomeUtamaPara SUKMA : Anil yakin Sabah mampu realisasi sasaran 66 emas

Para SUKMA : Anil yakin Sabah mampu realisasi sasaran 66 emas

Read Time:1 Minute, 9 Second

SHAH ALAM : Prestasi positif yang ditunjukkan kontinjen Sabah pada temasya Para Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor memberi keyakinan bahawa sasaran mengutip 66 pingat emas mampu direalisasikan pada temasya kali ini.

Pembantu Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Datuk Seri Dr Anil Sandhu berkata, Sabah berjaya mendahului kedudukan kutipan pingat selepas meraih lima emas; enam perak dan lima gangsa setakat jam 3 petang tadi.

Beliau berkata, pencapaian itu mencerminkan perkembangan positif kontinjen Sabah, terutama dari aspek pengurusan atlet serta persiapan menghadapi pertandingan.

Menurutnya, pemantauan yang dilakukan sejak awal pagi mendapati pengurusan atlet Sabah berjalan dengan teratur, manakala prestasi yang dipamerkan dalam acara olahraga turut berada pada tahap yang memuaskan.

“Saya lihat pencapaian dan pengurusan adik-adik kita, anak-anak muda ini begitu teratur dan saya tengok di olahraga pun cukup kemas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Sabah Media di Dewan MBSA Seksyen 19 di sini pada Ahad.

Anil berkata, perkembangan tersebut memberikan gambaran positif terhadap kemampuan atlet Sabah untuk meneruskan momentum dalam baki pertandingan.

Katanya, walaupun perjalanan temasya masih berbaki beberapa hari, pencapaian semasa mampu menjadi asas penting dalam usaha kontinjen mencapai sasaran yang ditetapkan.

“Insya-Allah, target emas 66 pingat itu mudah-mudahan akan kita capailah pada Para SUKMA di Selangor tahun ini,” katanya.

Beliau turut menggesa agar momentum dan semangat yang ditunjukkan atlet Sabah ketika ini dikekalkan sehingga semua acara yang disertai selesai dipertandingkan. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Empat acara Para SUKMA Selangor ditangguhkan akibat jerebu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular