HomeUtama578kg minyak masak, 250 liter petrol dirampas di Semporna

578kg minyak masak, 250 liter petrol dirampas di Semporna

Read Time:1 Minute, 0 Second

SEMPORNA: Sebanyak 578 kilogram minyak masak paket dan 250 liter petrol dirampas di perairan Kalapuan, di sini, dalam satu kes yang turut membawa kepada penahanan seorang lelaki tanpa dokumen diri.

Kes berkenaan diserahkan Batalion 22 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kunak kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Semporna untuk siasatan lanjut.

KPDN Sabah dalam kenyataan berkata, lelaki terbabit direman bagi membantu siasatan.

Dalam operasi berkenaan, pihak berkuasa merampas 10 jeriken berisi petrol dengan jumlah keseluruhan 250 liter serta 34 plastik putih mengandungi 578 paket minyak masak satu kilogram.

“Turut dirampas sebuah bot laju berwarna biru dan putih tanpa nombor pendaftaran serta sebuah enjin Yamaha Enduro 85HP.

“Nilai keseluruhan barang kawalan yang dirampas dianggarkan RM1,787.50,” menurut kenyataan itu pada Selasa.

Sehubungan itu, KPDN Semporna membuka kertas siasatan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.

Bagi individu, kesalahan di bawah akta berkenaan boleh membawa denda sehingga RM1 juta dan sehingga RM3 juta bagi kesalahan berikutnya, atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Syarikat pula boleh didenda sehingga RM2 juta dan sehingga RM5 juta bagi kesalahan berikutnya, jika sabit kesalahan.

Orang ramai yang mempunyai sebarang aduan atau pertanyaan boleh menghubungi KPDN menerusi saluran rasmi mereka.

RELATED ARTICLES
Utama

Juruterbang, empat petugas KKM disahkan maut dalam nahas helikopter – Residen...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular