HomeUtamaEnam premis refleksologi, kesihatan dan kecantikan diperiksa di Labuan

Enam premis refleksologi, kesihatan dan kecantikan diperiksa di Labuan

Read Time:51 Second

LABUAN: Enam premis pusat refleksologi, kesihatan dan kecantikan di sekitar bandar Labuan diperiksa dalam operasi bersepadu membabitkan beberapa agensi penguatkuasaan, baru-baru ini.

Operasi bermula jam 8 malam hingga 10.45 malam itu disertai Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pejabat Mufti, Perbadanan Labuan serta Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Sepanjang operasi, seramai 18 individu diperiksa, terdiri daripada 12 warganegara Malaysia, dua warganegara Filipina dan empat warganegara Thailand.

Hasil pemeriksaan mendapati dokumen pengenalan diri dan dokumen imigresen individu yang diperiksa adalah teratur dan tiada tangkapan dilakukan oleh JIM WP Labuan.

Seramai 32 pegawai dan anggota daripada enam agensi berkenaan terlibat dalam operasi itu.

Menurut JIM Labuan pada Sabtu, operasi bersepadu seumpama ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan dalam memperkukuh kerjasama strategik antara agensi penguatkuasaan, di samping memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan yang sedang berkuat kuasa.

JIM akan terus komited melaksanakan tindakan penguatkuasaan serta bekerjasama dengan agensi berkaitan dalam memastikan keselamatan, ketenteraman dan pematuhan undang-undang khususnya di Wilayah Persekutuan Labuan.

RELATED ARTICLES
Utama

ADUN Petagas gesa keputusan MA63 diumum sebelum PRU16

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular