HomeUtamaLebih Satu Tan Dadah Bernilai RM120 juta Dari Sabah Dimusnahkan Di Port...

Lebih Satu Tan Dadah Bernilai RM120 juta Dari Sabah Dimusnahkan Di Port Dickson

Read Time:1 Minute, 3 Second

PORT DICKSON: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kontinjen Sabah melaksanakan pelupusan lebih satu tan pelbagai jenis dadah bernilai kira-kira RM120.43 juta, membabitkan barang kes daripada 5,732 kertas siasatan.

Pelupusan itu membabitkan pelbagai jenis dadah dengan berat keseluruhan melebihi 1,014 kilogram, hasil rampasan menerusi pelbagai operasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Sabah.

Daripada jumlah itu, mitragynine mencatatkan berat terbesar iaitu 609,669.2 gram, diikuti syabu sebanyak 370,223.042 gram dan kokain seberat 24,104.15 gram.

Turut dilupuskan ialah ketamin seberat 3,518.04 gram, ganja (2,970.17 gram), Eramin 5 (14.95 gram) dan heroin (0.2 gram).

Kesemua dadah berkenaan dibawa dari Sabah sebelum tiba di Pelabuhan Klang dan seterusnya dihantar ke pusat pelupusan di Bukit Pelanduk, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Barang kes berkenaan kemudian dimusnahkan menerusi kaedah pembakaran menggunakan insinerator yang dikendalikan Cenviro Sdn Bhd di Pusat Pengurusan Sisa Kualiti Alam di sini, hari ini.

Pelupusan berkenaan membabitkan barang kes yang dirampas menerusi pelbagai operasi PDRM Sabah, termasuk kes yang telah selesai dan mendapat arahan untuk dilupuskan mengikut prosedur ditetapkan.

Proses pelupusan berkenaan disaksikan oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Sabah, ACP Alhusin Halil, pegawai Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Sabah, DSP Ku Azam, serta pegawai JSJN Sabah.

RELATED ARTICLES
Utama

TTX uji kesiapsiagaan, penyelarasan agensi hadapi bencana

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular