HomeUtamaUcapan Noorazli: Polis Terima 86 laporan, Rakam Percakapan 93 individu

Ucapan Noorazli: Polis Terima 86 laporan, Rakam Percakapan 93 individu

Read Time:1 Minute, 0 Second

KUALA LUMPUR, Polis Diraja Malaysia (PDRM) malam ini memaklumkan telah menerima 86 laporan dan merakam percakapan 93 individu berhubung ucapan perwakilan UMNO Selangor, Datuk Noorazli Said, yang didakwa menyentuh sensitiviti agama ketika Perhimpunan Agung UMNO 2026.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk M. Kumar, berkata individu yang dirakam percakapan terdiri daripada orang awam, pihak penganjur dan perwakilan UMNO, termasuk suspek.

Menurut beliau, siasatan membabitkan ucapan Noorazli pada persidangan itu di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam kenyataan bertarikh 17 September.

Beliau berkata, kertas siasatan akan dirujuk ke Pejabat Peguam Negara pada 18 September 2026 untuk arahan dan nasihat selanjutnya.

Menurut kenyataan itu, Seksyen 298 Kanun Keseksaan berkaitan perkataan, bunyi atau isyarat yang dibuat dengan niat melukakan perasaan agama seseorang, manakala Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 membabitkan penggunaan tidak wajar kemudahan atau perkhidmatan rangkaian.

Dalam pada itu, Kumar menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat spekulasi yang boleh mengganggu proses siasatan atau menyebarkan maklumat yang belum dipastikan kesahihannya.

Beliau turut menyeru kerjasama semua pihak bagi memastikan ruang digital kekal selamat serta memupuk budaya komunikasi matang dan saling menghormati demi kesejahteraan sosial dan kestabilan negara.

RELATED ARTICLES
Utama

Gempa bumi lemah bermagnitud 3.7 dikesan di utara Sandakan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular