HomeUtamaDua penjawat awam ditahan, bakal didakwa di Mahkamah Rasuah

Dua penjawat awam ditahan, bakal didakwa di Mahkamah Rasuah

Read Time:36 Second

KOTA KINABALU: Dua penjawat awam ditahan kerana disyaki mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu bagi memperoleh tuntutan elaun tugasan rondaan keselamatan dan pemantauan bencana berjumlah kira-kira RM30,000.

Kedua-dua suspek lelaki berusia lingkungan 30-an dan 40-an ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah kira-kira jam 10 pagi pada 17 September lalu ketika hadir memberikan keterangan di Pejabat SPRM Cawangan Lahad Datu.

Pengarah SPRM Sabah, Datuk Mohd Fuad Bee Basrah ketika dihubungi mengesahkan penahanan kedua-dua suspek.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kedua-dua suspek disyaki bersubahat melakukan perbuatan berkenaan antara 2022 dan 2023.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

“Kedua-dua suspek akan dituduh pada 24 September 2026 di Mahkamah Khas Rasuah Tawau, Sabah,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Kemajuan kesihatan Sabah dibina atas jasa warga terdahulu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular