HomeUtamaAnwar rakam takziah pemergian bekas ADUN Bongawan

Anwar rakam takziah pemergian bekas ADUN Bongawan

Read Time:45 Second

BERNAMA

KUALA LUMPUR :  Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan takziah kepada keluarga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bongawan Datuk Karim Bujang yang meninggal dunia hari ini.

Anwar menerusi hantaran di Facebook berkata beliau menerima khabar duka berhubung pemergian  Karim dan mendoakan seluruh keluarganya diberikan kekuatan serta ketabahan.

“Semoga seluruh keluarga Allahyarham diberikan kekuatan dan ketabahan, serta semoga Allah SWT mengampunkan segala dosa Allahyarham dan menempatkan roh beliau di tempat terbaik di sisi-Nya. Al-Fatihah,” kata Anwar.

Karim, 73, meninggal dunia di kediamannya di Kampung Sipanggil, Putatan, Sabah dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Brunei, Kimanis kira-kira 5.30 petang hari ini, selepas disembahyangkan di Masjid Imam Abdullah di kampung halamannya.

Allahyarham pernah berkhidmat sebagai ADUN Bongawan selama lima penggal dari 1990 hingga 2013, meninggalkan seorang isteri Datin Maimun Pg Bagul, dua anak lelaki serta tiga cucu. — BERNAMA

RELATED ARTICLES
Utama

Tun Musa ucap takziah atas pemergian Karim Bujang

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular