HomeUtamaHujan berterusan, beberapa kawasan sekitar KK dinaiki air

Hujan berterusan, beberapa kawasan sekitar KK dinaiki air

Read Time:31 Second

KOTA KINABALU: Hujan berterusan sejak awal pagi menyebabkan beberapa kawasan sekitar ibu negeri mula dinaiki air.

Keadaan itu sekali gus menjejaskan rutin pagi orang ramai apabila aliran trafik di beberapa laluan menjadi perlahan, termasuk kesesakan di sekitar kawasan sekolah.

Tinjauan Sabah Media mendapati kenderaan terpaksa bergerak perlahan di beberapa lokasi, terutama ketika melalui jalan yang dinaiki air.

Hujan yang belum reda turut menyukarkan pergerakan pejalan kaki.

Ramai dilihat menggunakan payung, manakala ada yang terkandas sementara di perhentian bas untuk berlindung daripada hujan.

Setakat pagi ini, hujan masih berterusan di sekitar ibu negeri dan keadaan di beberapa kawasan yang dinaiki air terus menjadi perhatian.

RELATED ARTICLES
Utama

Belanjawan 2027: Peruntukan pembangunan Sabah, Sarawak wajar ditambah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular