HomeUtamaKAJEBO pelihara warisan budaya Borneo

KAJEBO pelihara warisan budaya Borneo

Read Time:1 Minute, 10 Second

KENINGAU: Karnival Jiwa Etnik Borneo (KAJEBO) 2026 disifatkan sebagai inisiatif penting dalam memelihara dan memartabatkan warisan budaya etnik Borneo agar terus kekal terpelihara dalam arus pemodenan.

Antara kepelbagaian budaya etnik Borneo yang diperagakan pada majllis itu.

Pengerusi Sabah NET Sdn Bhd, Datuk Azman Ruslan, berkata usaha penganjur dalam mengetengahkan keunikan budaya, adat resam dan tradisi masyarakat Borneo wajar dipuji bagi memastikan khazanah berkenaan terus diwarisi generasi akan datang.

Beliau yang juga Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Keningau berkata, program seumpama itu bukan sahaja meningkatkan kesedaran masyarakat, khususnya golongan belia, malah memupuk penghargaan terhadap warisan budaya sebagai lambang identiti dan kebanggaan masyarakat Borneo.

“Usaha seperti KAJEBO adalah murni dan amat bermakna bagi memastikan keunikan budaya, adat resam serta tradisi masyarakat Borneo terus dipelihara dan diwarisi oleh generasi akan datang,” katanya ketika menghadiri Majlis Perasmian KAJEBO 2026 di sini, baru-baru ini.

Karnival yang berlangsung selama tiga hari itu menampilkan pelbagai acara berkaitan kebudayaan, kesenian, sukan dan warisan masyarakat, antaranya Showcase Amal KAJEBO, Santai Budaya Borneo, sambutan Hari Sukan Negara, Miss National Cultural Malaysia, Traditional Food Bazaar serta pameran kraftangan.

Penganjuran program itu turut membuka ruang kepada pengunjung untuk mengenali dan menghayati kepelbagaian budaya etnik Borneo, selain menggalakkan usaha memelihara warisan yang menjadi identiti masyarakat di rantau ini.

Turut hadir Pembantu Pegawai Daerah Keningau (Pentadbiran), Christine Tiffany Charles Lohindun; Naib Ketua Pemuda Gagasan Rakyat Keningau, Daniel; dan Pengerusi Penganjur KAJEBO 2026, Syahril Am.

RELATED ARTICLES
Utama

Bantuan pendidikan Sabah meningkat kepada RM90 juta tahun ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular