HomeUtamaTiada unsur Zara ditolak atau dibunuh – Pegawai penyiasat

Tiada unsur Zara ditolak atau dibunuh – Pegawai penyiasat

Read Time:52 Second

Oleh J Evachel John

KOTA KINABALU: Siasatan polis terhadap kematian Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir tidak menemukan unsur remaja itu ditolak atau dibunuh, menurut pegawai penyiasat kes berkenaan.

Inspektor Wong Yew Zhung memberitahu Mahkamah Koroner bahawa hasil siasatannya juga tidak menunjukkan sebarang keadaan mencurigakan berhubung kematian Zara.

Beliau berkata demikian ketika memberi keterangan di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan.

Menjawab soalan seterusnya daripada peguam Joan Goh mengenai kemungkinan kematian Zara berlaku secara tidak sengaja, Wong berkata perkara itu perlu dirujuk kepada pakar.

“Mungkin pakar patologi boleh memberikan penjelasan mengenai perkara itu,” katanya.

Joan kemudian merujuk kepada siasatan Wong yang melibatkan temu bual dengan 200 individu sebelum bertanya sama ada beliau turut menyiasat latar belakang keluarga Zara.

Wong mengesahkan bahawa siasatan itu turut merangkumi latar belakang keluarga serta hubungan Zara dengan ahli keluarganya.

Joan seterusnya bertanya sama ada hasil siasatannya menemukan mana-mana individu yang mungkin mempunyai motif untuk memalsukan tulisan tangan Zara dalam diari dan 15 helaian kertas yang dikemukakan kepadanya seperti dinyatakan dalam keterangannya.

“Tiada kepentingan bagi seseorang untuk berbuat demikian,” katanya.

RELATED ARTICLES
EkonomiUtama

SEDCO-PETRONAS meterai pajakan tanah RM200 juta bagi tempoh 30 tahun

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular