HomeUtamaPendakwaan tutup kes lima remaja didakwa mencela Zara, lebih 20 saksi beri...

Pendakwaan tutup kes lima remaja didakwa mencela Zara, lebih 20 saksi beri keterangan

Read Time:1 Minute, 18 Second

Oleh J Evachel John

KOTA KINABALU: Pihak pendakwaan dalam perbicaraan kes lima remaja perempuan yang didakwa menggunakan perkataan mencela Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir, menutup kesnya selepas memanggil lebih 20 saksi.

Peguam Joan Goh yang mewakili seorang daripada remaja terbabit berkata, Mahkamah Bagi Kanak-Kanak menetapkan 16 November ini bagi penghujahan bertulis dan 30 November bagi hujahan balas.

Katanya, mahkamah turut menetapkan 4 Disember bagi sesi penjelasan (clarification) sebelum dijangka menetapkan tarikh keputusan sama ada pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap kelima-lima tertuduh.

Menurut Joan, lebih 20 saksi memberikan keterangan sepanjang perbicaraan itu, namun bukan semua saksi kanak-kanak yang memberikan keterangan dalam inkues kematian Zara dipanggil untuk memberi keterangan di Mahkamah Bagi Kanak-Kanak.

Ibu Zara juga tidak memberikan keterangan dalam perbicaraan berkenaan.

Pada 20 Ogos 2025, kelima-lima tertuduh didakwa mencapai niat bersama menggunakan perkataan mencela terhadap Zara yang mana perkataan tersebut didengari yang mungkin menyebabkan Zara berasa terganggu dengan perkataan tersebut.

Kesalahan itu didakwa dilakukan pada 15 Julai lalu di antara jam lebih kurang 10 malam sehingga 11 malam.

Mereka didakwa di bawah Seksyen 507C(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga satu tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Semua tertuduh, yang identiti mereka tidak boleh didedahkan mengikut Akta Kanak-Kanak 2001, mengaku tidak bersalah.

Zara ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di tingkat bawah bangunan asrama sekolahnya pada 16 Julai 2025 sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth (HQE) keesokan harinya.

LINK BERITA TERDAHULU:

RELATED ARTICLES
Utama

UPPM, Sabah Electricity perkukuh kerjasama tangani isu bekalan elektrik

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular