HomeUtamaUMS sedia bantu bangunkan inovasi pengurusan sisa pepejal

UMS sedia bantu bangunkan inovasi pengurusan sisa pepejal

Read Time:1 Minute, 16 Second

KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) bersedia membantu membangunkan inovasi pengurusan sisa pepejal menerusi pengesahan teknologi, pengujian prestasi dan pembangunan prototaip bagi memastikan idea yang dihasilkan berpotensi untuk diaplikasikan.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMS, Profesor Dr. Raman Noordin berkata, universiti itu turut menawarkan kepakaran dalam penambahbaikan proses serta kajian kebolehlaksanaan bagi menyokong pembangunan inovasi yang mampu menangani masalah sebenar di Sabah.

Katanya, pendekatan itu penting bagi memastikan hasil pertandingan inovasi tidak sekadar menjadi idea, sebaliknya berpeluang dikembangkan untuk kegunaan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan industri.

“Bayangkan sekiranya daripada ratusan idea yang diketengahkan melalui Borneo Solid Waste Management Innovation Challenge (BSWMIC), beberapa inovasi berjaya digunakan oleh PBT atau industri di Sabah, itulah impak yang kita inginkan.

“Kita mahu membuktikan bahawa universiti bukan sekadar tempat menghasilkan ilmu, tetapi juga rakan penyelesaian masalah kepada kerajaan, industri dan masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapan yang dibacakan wakilnya, Ketua Pegawai Digital UMS, Prof. Dr. Ag. Asri Ag. Ibrahim, pada Majlis Apresiasi BSWMIC 2026, di sini.

Raman berkata, kerjasama antara universiti dengan kerajaan tempatan juga membolehkan masalah sebenar dikenal pasti, selain membantu menentukan lokasi yang sesuai bagi menguji keberkesanan teknologi dan inovasi yang dibangunkan.

Sementara itu, wakil Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah (KKTP), Mariati Mastor berkata, kerjasama antara universiti, kerajaan tempatan, industri dan komuniti penting bagi memastikan inovasi pengurusan sisa pepejal dapat dikembangkan melalui pengujian lapangan serta projek perintis.

BSWMIC 2026 dianjurkan UMS dengan kerjasama KKTP sebagai platform untuk menghasilkan idea, teknologi dan inovasi yang mampu menangani cabaran pengurusan sisa pepejal di Sabah.

RELATED ARTICLES
Utama

Sabah perkukuh kestabilan bekalan ayam, telur

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular