HomeUtamaBekas Ketua Menteri Sabah antara yang hadir ikuti prosiding rayuan hak 40...

Bekas Ketua Menteri Sabah antara yang hadir ikuti prosiding rayuan hak 40 peratus

Read Time:1 Minute, 22 Second

Oleh J Evachel John

KOTA KINABALU: Bekas ketua Menteri Sabah Tan Sri Pairin Kitingan antara yang dilihat hadir di Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu pagi ini bagi mengikuti prosiding rayuan Kerajaan Persekutuan berhubung hak 40 peratus hasil Sabah.

Turut hadir ialah wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO), aktivis serta orang ramai yang mula berkumpul di kompleks mahkamah itu seawal jam 7 pagi.

Setakat berita ini ditulis antara pemimpin yang kelihatan hadir ialah Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Datuk Azrul Ibrahim; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Manila Datuk Hazem Mubarak Musa; ADUN Dilantik Datuk Razali Razi dan beberapa ADUN Kerajaan lain.

Prosiding rayuan itu dijadualkan bermula jam 9 pagi dan turut boleh diikuti menerusi siaran audiovisual mahkamah di Dewan Persidangan Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu, yang boleh menempatkan sehingga 250 orang.

Orang ramai yang hadir perlu menjalani proses pendaftaran dan pemeriksaan keselamatan sebelum dibenarkan memasuki dewan berkenaan.

Rayuan Kerajaan Persekutuan itu tertumpu kepada beberapa kekhilafan yang didakwa terdapat dalam alasan penghakiman Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, termasuk dapatan bahawa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah telah menyalahgunakan kuasa serta melanggar kewajipan perlembagaan.

Bagaimanapun, Kerajaan Persekutuan sebelum ini menegaskan bahawa pihaknya tidak merayu berhubung isu Pemberian Khas Sabah berdasarkan kadar 40 peratus hasil.

Mahkamah Tinggi pada 17 Oktober 2025 mengeluarkan perintah mandamus yang mengarahkan Kerajaan Persekutuan menjalankan semakan semula bersama Kerajaan Negeri Sabah bagi tempoh 1974 hingga 2021 dalam tempoh 90 hari serta mencapai persetujuan dalam tempoh 180 hari dari tarikh perintah dikeluarkan.

Keputusan itu dibuat selepas Hakim Datuk Celestina Stuel Galid membenarkan permohonan semakan kehakiman Sabah Law Society (SLS).

Kerajaan Persekutuan membuat permohonan untuk menangguhkan sementara pelaksanaan perintah berkenaan, sementara menunggu keputusan rayuan Kerajaan Persekutuan.

RELATED ARTICLES
Utama

5,000 pelajar B40 Johor terima pek SIM percuma bernilai RM100,000

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular