HomeUtamaPenduduk 'hotspot' banjir di Sabah diminta bersiap hadapi MTL

Penduduk ‘hotspot’ banjir di Sabah diminta bersiap hadapi MTL

Read Time:1 Minute, 39 Second

KOTA KINABALU: Penduduk di kawasan yang dikenal pasti sebagai ‘hotspot’ banjir di seluruh Sabah, khususnya sekitar Kota Kinabalu dan Parlimen Sepanggar, diminta meningkatkan kesiapsiagaan berikutan bermulanya Monsun Timur Laut (MTL).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), Datuk Mustapha Sakmud berkata, penduduk perlu sentiasa berwaspada kerana taburan hujan yang semakin meningkat dan tidak menentu boleh meningkatkan risiko berlakunya banjir.

Katanya, keadaan cuaca ketika ini perlu diberi perhatian serius susulan MTL yang sudah bermula sejak Selasa lalu.

“Saya menasihatkan kepada semua kawasan-kawasan hotspot banjir di seluruh Sabah, khususnya di sekitar Kota Kinabalu dan juga Parlimen Sepanggar, bersedia.

“Kita sedang menghadapi Monsun Timur Laut dan kena sentiasa berwaspada sebab hujan, taburan hujan semakin meningkat, jadi risiko banjir itu akan terus berlaku dan kita kena bersiap-siagalah untuk menghadapi fenomena ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas mempengerusikan mesyuarat khas Jawatankuasa Bencana di kawasan Kota Kinabalu, khususnya Parlimen Sepanggar, di sini pada Rabu.

Menurut Mustapha, peningkatan kejadian banjir dan tanah runtuh di sekitar Kota Kinabalu antara perkara yang dikenal pasti dalam mesyuarat berkenaan, dengan keadaan cuaca tidak menentu antara faktor yang menyumbang kepada peningkatan risiko bencana.

Katanya, peningkatan taburan hujan juga boleh menyebabkan kejadian banjir kilat, manakala hujan yang turun melebihi jangkaan meningkatkan risiko berlakunya tanah runtuh.

“Fenomena sekarang ini tidak menentu. Taburan hujan pun bertambah dan itu menyebabkan banjir kilat, manakala hujan yang turun melebihi apa yang kita jangkakan turut menyebabkan tanah runtuh,” katanya.

Beliau berkata kesiapsiagaan penduduk amat penting terutama di kawasan yang sering terjejas banjir, memandangkan keadaan cuaca sukar dijangka dan risiko bencana boleh berlaku apabila taburan hujan meningkat.

Dalam pada itu, Mustapha berkata kerajaan dan agensi berkaitan turut mengambil langkah mengenal pasti projek serta tindakan yang boleh dilaksanakan bagi mengurangkan risiko banjir di kawasan hotspot.

Katanya, langkah berkenaan perlu dilaksanakan seiring dengan usaha meningkatkan tahap kesiapsiagaan penduduk dalam menghadapi MTL yang sedang berlangsung.

Beliau turut mengingatkan penduduk supaya mengambil serius sebarang amaran berkaitan cuaca dan sentiasa bersedia menghadapi kemungkinan berlaku banjir, khususnya ketika hujan lebat berterusan.

RELATED ARTICLES
Utama

Bekas Ketua Menteri Sabah antara yang hadir ikuti prosiding rayuan hak...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular