HomeUtamaLelaki Terperangkap Banjir Berjaya Diselamatkan

Lelaki Terperangkap Banjir Berjaya Diselamatkan

Read Time:49 Second

RANAU : Seorang lelaki yang terperangkap akibat banjir di Kampung Perancangan disini semalam berjaya diselamatkan pasukan bomba dengan menyeberangi sungai ke tempat yang selamat.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, mangsa diselamatkan menggunakan jaket keselamatan setelah air sungai surut kira-kira jam 7 pagi tadi.

“Mangsa yang terperangkap akibat banjir semalam telah berjaya diselamatkan oleh pasukan bomba dengan menyeberangi sungai ke tempat selamat menggunakan jaket keselamatan setelah air surut.

“Mangsa telah dihantar ke Klinik Kesihatan Perancangan Ranau menggunakan Ambulans untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi disini hari ini.

Katanya, operasi menyelamat ditamatkan pada jam 7.35 pagi tadi.

Semalam, mangsa berusia 42 tahun itu dilaporkan terperangkap akibat banjir di kampung berkenaan dan tidak dapat menyeberangi sungai berikutan arus sungai yang deras.

Berikutan itu, pasukan bomba terpaksa menghantar bantuan makanan menggunakan tali kerana operasi menyelamat tidak dapat dijalankan.

Pasukan bomba berjaya menghantar bantuan makanan kepada mangsa menggunakan sistem tali ‘highline’ pada jam 10.40 malam tadi.

RELATED ARTICLES
Utama

Sabah salur RM23 juta bantu sekolah bukan Kerajaan, persendirian Cina

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya