HomeIsu tempatanBanjir: Penduduk Sabahan Terima Sumbangan Bakul Makanan Di Shah Alam

Banjir: Penduduk Sabahan Terima Sumbangan Bakul Makanan Di Shah Alam

Read Time:1 Minute, 10 Second

Oleh YUSOF MOHAMAD

SHAH ALAM: Selepas sahaja air banjir surut sepenuhnya, penduduk yang terjejas teruk akibat banjir melanda di kawasan ini pada 18 Disember lalu, mula membersihkan kediaman masing-masing yang amat sukar.

Bagi penduduk Sabah yang terkesan dan tinggal di kawasan Shah Alam turut mendapat perhatian daripada Kerajaan Negeri Sabah dan menerima sumbangan bakul makanan.

Timbalan presiden Momogun Society of Sabahan Merangkap Ahli Majlis Tertinggi Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Edward Sindam berkata, sumbangan daripada Kerajaan Negeri disalurkan melalui pejabat Perhubungan Negeri Sabah dan Persatuan Momogun Sabahan untuk disampaikan kepada penerima.

Penduduk Sabahan yang terjejas akibat banjir terima sumbangan bakul makanan daripada Kerajaan Negeri Sabah di Shah Alam.
Penduduk Sabahan yang terjejas akibat banjir terima sumbangan bakul makanan daripada Kerajaan Negeri Sabah di Shah Alam.

“Sebanyak 176 bakul makanan telah diagihkan kepada penduduk Sabah yang terkesan dengan banjir teruk di kawasan Shah Alam.

“Saya berterima kasih kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor di atas keprihatinan Kerajaan Negeri memberi bantuan kepada penduduk Sabah yang terkesan di sini dan berharap bantuan ini dapat meringankan sedikit beban kepada mangsa banjir,” kata Edward.

Edward juga memohon agar Kerajaan Negeri akan terus memberi bantuan bukan sahaja bakul makanan tetapi juga masyarakat Sabah yang terlibat amat memerlukan bantuan dari segi peralatan rumah seperti tilam, pakaian dan barangan dapur yang mana mereka juga terjejas dengan kehilangan dan kerosakan harta benda akibat banjir tersebut.

Beliau turut merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua kru dan pasukan barisan hadapan yang terlibat dalam misi bantuan ini.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lapan finalis berentap dalam kategori remaja MTHQ

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya