HomeUtamaJIM Sabah periksa premis, teliti dokumen permohonan pas kerja

JIM Sabah periksa premis, teliti dokumen permohonan pas kerja

Read Time:45 Second

TAWAU: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Sabah menjalankan pemeriksaan terhadap tiga premis syarikat di sekitar daerah ini bagi memastikan maklumat permohonan pas kerja adalah sahih dan mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Pemeriksaan menerusi Unit Inspektorat itu dilaksanakan pada Ahad (8 November) dan diketuai Pengarah Imigresen Negeri Sabah, Datuk Sh. Sitti Saleha Habib Yussof.

Menurut kenyataan JIM Sabah, pemeriksaan itu bertujuan memastikan kesahihan maklumat yang dikemukakan dalam permohonan pas kerja.

“Tindakan ini dijalankan bagi meneliti pengoperasian syarikat serta mengesahkan dokumen sokongan seperti lesen perniagaan dan pendaftaran premis.

“Ia bertujuan memastikan setiap maklumat yang dikemukakan dalam permohonan Pas Kerja Ekspatriat serta Pas Kerja Malaysia adalah sahih dan mematuhi syarat serta peraturan Imigresen yang berkuat kuasa,” menurut kenyataan itu.

Pemeriksaan berkala itu juga merupakan sebahagian daripada proses penilaian permohonan sebelum sebarang kelulusan diberikan.

JIM Sabah menegaskan komitmennya untuk meningkatkan ketelusan, integriti dan kecekapan pengurusan pas kerja demi memelihara kedaulatan undang-undang negara.

RELATED ARTICLES
Utama

Penunggang motosikal maut terbabas dalam parit

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular