HomeUtamaKerjasama MOTAC-Sabah pacu pembangunan industri pelancongan

Kerjasama MOTAC-Sabah pacu pembangunan industri pelancongan

Read Time:52 Second

KOTA KINABALU: Kerjasama erat antara kerajaan Persekutuan dan Sabah perlu terus diperkukuh bagi memastikan pembangunan industri pelancongan negeri dapat dilaksanakan secara lebih menyeluruh dan berkesan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, sokongan berterusan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) amat penting dalam membantu Sabah memperkasa sektor berkenaan, termasuk menjayakan Tahun Melawat Sabah 2027.

Beliau berkata demikian ketika menerima kunjungan hormat Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Tuan Chiew Choon Man, bersama delegasi kementerian itu di Menara Kinabalu, di sini, pada Selasa.

Kunjungan itu turut menjadi platform untuk membincangkan perkembangan industri pelancongan Sabah serta pelbagai program dan inisiatif MOTAC yang dilaksanakan di negeri ini.

Hajiji berharap kerjasama strategik antara kedua-dua kerajaan dapat dipertingkatkan, khususnya dalam mempergiat aktiviti promosi dan menarik lebih ramai pelancong domestik serta antarabangsa ke Sabah.

Usaha itu bukan sahaja penting untuk memperkukuh kedudukan Sabah sebagai destinasi pelancongan pilihan, malah berpotensi meningkatkan sumbangan sektor berkenaan kepada pertumbuhan ekonomi negeri.

Tahun Melawat Sabah 2027 dijangka menjadi antara platform utama dalam memperluas promosi produk dan destinasi pelancongan negeri kepada pasaran domestik serta antarabangsa.

RELATED ARTICLES
Utama

Rompak berkumpulan: Tiga lelaki ketahui hukuman 20 November

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular