HomeUtama16 pakej Pan Borneo mendahului jadual, bukti komitmen GRS

16 pakej Pan Borneo mendahului jadual, bukti komitmen GRS

Read Time:1 Minute, 20 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

KOTA KINABALU: Komitmen kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dalam meneruskan pembangunan infrastruktur negeri membuahkan hasil apabila 16 daripada 19 pakej kerja Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah Fasa 1B dilaporkan mendahului jadual.

Ketua Pemuda Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk Azrul Ibrahim berkata, pencapaian itu mencerminkan kesungguhan kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor dalam memastikan projek berkenaan dilaksanakan dengan lancar.

Katanya, pelaksanaan Fasa 1B yang bermula pada 2024 menunjukkan perkembangan positif dan menjadi bukti komitmen kerajaan GRS dalam memastikan projek pembangunan berskala besar itu terus berjalan.

“Untuk rekod, dalam pelaksanaan Lebuhraya Pan Borneo Sabah bagi Fasa 1B (Fasa 1A berlaku lebih awal), kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Hajiji Noor memastikan ia berjalan bermula pada 2024 dan 16 pakej mendahului jadual. Ini adalah rekod Kerajaan GRS,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Mesyuarat EXCO dan Ketua-Ketua Pemuda Gagasan Rakyat, di sini, pada Sabtu.

Azrul berkata, kemajuan itu juga perlu dilihat secara adil dan tidak wajar disamakan dengan kelewatan yang berlaku dalam pelaksanaan Fasa 1A yang dimulakan lebih awal.

Menurutnya, kejayaan memastikan sebahagian besar pakej Fasa 1B mendahului jadual membuktikan kepentingan komitmen berterusan kerajaan negeri dalam memantau dan memastikan kelancaran projek infrastruktur untuk rakyat.

Sehubungan itu, beliau berharap kontraktor yang terbabit dapat mengekalkan prestasi kerja serta meningkatkan usaha bagi memastikan semua pakej disiapkan mengikut jadual ditetapkan.

Katanya, kemajuan projek itu perlu disusuli dengan hasil pembinaan jalan raya yang berkualiti, selamat dan efisien untuk digunakan oleh rakyat.

“Pastinya kami sebagai suara lidah rakyat mahu jalan di Sabah dipastikan dalam keadaan selamat dan efisien untuk dilalui,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Lelaki maut ditikam selepas cuba halang suspek kejar penjual makanan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular