HomeIsu tempatanJalan Terputus: Penduduk Jalan Kaki 1km Usung Keranda Urus Pengebumian Warga Emas

Jalan Terputus: Penduduk Jalan Kaki 1km Usung Keranda Urus Pengebumian Warga Emas

Read Time:1 Minute, 2 Second

RANAU: Penduduk terpaksa berjalan kaki mengusung keranda sejauh kira-kira satu kilometer ke tanah perkuburan dari Kg Kantos di sini berikutan jalan raya terputus akibat tanah runtuh selepas hujan berterusan beberapa hari lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kg.Nawanon, Jemisi Sabal berkata, susulan hujan berterusan beberapa hari yang lalu menyebabkan berlakunya tanah runtuh dan jalan raya terputus malah penduduk dari sekitar Kg. Nawanon, Kg.Kantas, Kg.Pugi dan Kg.Kieyep terletak kira-kira 62 kilometer dari pekan Ranau, terpaksa berjalan kaki mengusung keranda ke tanah perkuburan sejauh kira-kira 1 kilometer untuk upacara  pengkebumian seorang wanita warga emas berusia 91 tahun dari Kg. Kantas yang meninggal dunia kelmarin (4 Januari).

“Ia adalah disebabkan sebarang kenderaan tidak dapat melalui jalan yang rosak teruk itu, sementara jambatan di kawasan Kg Nawanon yang menghubungkan antara kampung juga turut musnah akibat hakisan air sungai yang deras.

“Berikutan kerosakan teruk jalan ke Kg Nawanon dan ke beberapa buah kampung sekitarnya menyukarkan penduduk berurusan ke pekan Ranau terutama menghantar pesakit ke hospital daerah atau ke klinik terdekat,” jelas Jamisi.

Jamisi yang juga mewakili ratusan penduduk dari beberapa kampung yang terputus hubungan ke pekan Ranau memohon kepada pihak berwajib supaya segera bertindak membaiki kerosakan jalan raya dan jambatan yang musnah itu.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Beliawanis Gagasan Rakyat digesa lebih aktif laksana program berbentuk ilmiah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular