COVID-19 : Kes Jangkitan Kembali Melonjak Naik

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:53 Second

KOTA KINABALU : Kes jangkitan COVID-19 di Sabah terus melonjak naik dengan mencatatkan kes terbaharu sebanyak 280 kes pada hari ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, jumlah itu merupakan peningkatan sebanyak 22 kes berbanding semalam.

“Terdapat 11 daerah mencatatkan kes pada kadar dua angka dengan tiga daripadanya mencapai 40 kes ke atas, iaitu Kota Belud 41, Kota Kinabalu 41 dan Tuaran 40 kes.

“Sebanyak 13 daerah merekodkan kes satu angka sahaja dan tidak ada kes baharu di tiga daerah,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Masidi berkata, Kota Belud dan Tuaran menunjukkan peningkatan kes yang agak ketara masing-masing dengan pertambahan 22 kes dan 18 kes berbanding semalam.

Katanya, daerah Penampang pula mencatatkan penurunan yang agak besar dengan merekodkan penurunan 36 kes.

“Sebanyak 276 daripada 280 kes pada hari ini berada dalam Kategori 1 dan 2.

“Tidak ada kes dalam Kategori 3, manakala dua kes dalam Kategori 4 dan terdapat satu kes dalam Kategori 5,” katanya.

Katanya, terdapat satu kes yang masih lagi dalam penilaian lanjut Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS).

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *