HomeUtamaDakwaan Pemilikan Saham : Azam Nafi, LPPR Turut Puas Hati Penjelasan...

Dakwaan Pemilikan Saham : Azam Nafi, LPPR Turut Puas Hati Penjelasan Azam

Read Time:1 Minute, 3 Second

PUTRAJAYA: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azam Baki hari ini menafikan dakwaan pemilikan sahamnya, dengan mengatakan dakwaan beliau mengawal banyak syarikat adalah “bohong”.

Pada sidang media hari ini, Azam mendakwa terdapat usaha pihak tertentu untuk menjejaskan kredibiliti SPRM.

Saya tidak melakukan kesalahan. Dakwaan bahawa terdapat konflik kepentingan pada pihak saya adalah tidak berasas,” katanya.

“Akaun saham saya digunakan oleh adik saya. Saya tidak mempunyai kepentingan dalam saham yang dibeli. Saham dibeli oleh adiknya dan syarikat-syarikat tidak ada kaitan dengan (mana-mana) siasatan SPRM.”

Azam berkata beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang membuat dakwaan terhadapnya.

Dalam pada itu, Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) turut membersihkan nama Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Azam Baki daripada sebarang salah laku berhubung pembelian saham syarikat.

Pada sidang media tengah hari tadi, Pengerusinya Abu Zahar Ujang berkata, mereka telah meminta penjelasan daripada Azam berhubung perkara terbabit.

Pembelian saham itu dilakukan dalam pasaran terbuka pada 2015 dan tidak ada konflik kepentingan,” katanya.

Zahar berkata, lembaga itu berpuas hati dengan penjelasan Azam dan mendapati tiada elemen konflik kepentingan.

“Malangnya, isu itu telah dibangkitkan oleh bekas anggota panel kami, Terence Gomez dan ia mengejutkan saya,” katanya.

Zahar sekali lagi mengulangi bahawa beliau tidak pernah menerima sebarang surat daripada Gomez berhubung perkara itu.

RELATED ARTICLES
Utama

Hajiji terima kunjungan MB Kelantan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya