HomePolitikKerajaan GRS Sambut Baik Keputusan Peter -Hajiji

Kerajaan GRS Sambut Baik Keputusan Peter -Hajiji

Read Time:53 Second

KOTA MARUDU : Kerajaan negeri pimpinan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menyambut baik keputusan bekas Naib Presiden Parti Warisan (WARISAN) Datuk Peter Anthony untuk menubuhkan parti baharu yang mesra GRS.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, keputusan itu juga dilihat satu perkembangan yang baik bagi menguatkan lagi pimpinan kerajaan Sabah.

“Kita mengamalkan demokrasi dan beliau membuat keputusan untuk menubuhkan parti baharu yang mesra GRS.

“Bagi saya sebagai ketua kerajaan GRS, ini sesuatu perkembangan yang baik kerana ia akan dapat menguatkan lagi kerajaan negeri.  Justeru itu, kita berterima kasih,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan tinjauan banjir di Kota Marudu dan Pitas disini hari ini.

Hajiji yang juga Pengerusi GRS berkata, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melalap itu sehingga kini masih belum menghubungi beliau secara peribadi bagi menyatakan hasrat berkenaaan (menubuhkan parti baharu).

Terdahulu, Peter bersama ADUN Limbahau Datuk Juil Nuantin mengumumkan meninggalkan WARISAN pada 27 Disember lalu.

Selain mereka, turut meninggalkan WARISAN, tiga ADUN lain iaitu ADUN Sebatik, Hassan A. Gani Pg Amir; ADUN Sindumin Datuk Dr. Yusof Yacob dan ADUN Segama Datuk Mohamaddin Ketapi.

RELATED ARTICLES
Utama

Tindakan tegas jika tidak senonoh ketika sambutan Kaamatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya