HomeUtamaHajiji Lawat & Serah Bantuan Mangsa Banjir Di Pitas & Kota Marudu

Hajiji Lawat & Serah Bantuan Mangsa Banjir Di Pitas & Kota Marudu

Read Time:1 Minute, 41 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan berusaha sedaya yang mampu membantu rakyat yang terjejas akibat bencana banjir.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, kerajaan GRS prihatin dan tidak akan membiarkan rakyat yang terjejas akibat bencana banjir dan akan memberikan bantuan kepada mereka.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menyampaikan bantuan wang ihsan RM1000 kepada KIR mangsa banjir di Pitas.
Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menyampaikan bantuan wang ihsan RM1000 kepada KIR mangsa banjir di Pitas. -Foto Ihsan Jabatan Ketua Menteri.
Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor meninjau dan melawat mangsa banjir di PPS di SK Pekan Pitas 2.
Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor meninjau dan melawat mangsa banjir di PPS di SK Pekan Pitas 2.Foto Ihsan Jabatan Ketua Menteri.

“Sehubungan dengan itu, kita memerlukan laporan yang terperinci, cepat, tepat dan adil daripada Pengerusi-Pengerusi Jawatankuasa Bencana Alam Daerah agar kerajaan dapat mengambil tindakan susulan dengan segera,” kata Hajiji semasa melawat mangsa-mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Pitas dan Kota Marudu, hari ini.

Di Pitas, beliau melawat pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Pitas 2. Selain mendengar taklimat ringkas banjir, Hajiji turut menyerahkan bantuan wang ihsan RM1,000 dan bakul makanan kepada seramai 94 Ketua Isi Rumah (KIR) mangsa banjir.

Sementara di Kota Marudu, beliau mendengar taklimat bencana alam banjir di Pejabat Daerah Kota Marudu dan menyerahkan bantuan wang ihsan RM1,000 serta bakul makanan kepada seramai 132 KIR mangsa banjir di Pentas Utama Dataran Bandau.

Dalam pada itu, Mesyuarat Khas Task Force Pengurusan Pasca Bencana Banjir Monsun Timur Laut 2021/2022 yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri memutuskan antara bantuan yang akan diberikan Kerajaan Persekutuan ialah bantuan tunai ihsan RM1000 setiap KIR yang dipindah ke PPS, bantuan tunai RM10,000 kepada waris yang meninggal, insentif untuk pembelian barang keperluan, bayaran untuk membaiki kenderaan dalam bentuk baucer RM1,000 dan bantuan kerosakan rumah.

Hajiji diiringi oleh Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Negeri, Datuk Ir. Shahelmey Yahya, Menteri Tugas-Tugas Khas, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr Safar Untong, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri, Datuk Datu Rosmadi Sulai dan Setiausaha Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan, Jabatan Ketua Menteri, Datuk Ag Shahminan Datuk Ag Sahari.

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular