HomeUtamaKerajaan Pertimbang Cadangan Bina PPS

Kerajaan Pertimbang Cadangan Bina PPS

Read Time:58 Second

KOTA MARUDU : Kerajaan akan mempertimbangkan cadangan bagi membina Pusat Penempatan Sementara (PPS) bagi menempatkan mangsa yang terjejas di beberapa buah daerah yang sering dilanda banjir.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, ia berdasarkan keperluan bagi menempatkan mangsa yang dipindahkan setiap kali musim banjir.

“Setiap kali musim banjir, tempat pemindahan sementara ini ada yang tidak cukup atau tidak ada.

“Justeru itu, jika perkara ini menjadi keperluan utama ketika banjir, kerajaan akan memberi pertimbangan dan perhatian sewajarnya,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan ke kawasan banjir di daerah ini termasuk Pitas disini hari ini.

Dalam pada itu, Hajiji berkata, jabatan dan agensi berkaitan seperti Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) digesa untuk melihat secara keseluruhan bagi mengurangkan impak setiap kali berlaku banjir.

Katanya, tindakan seperti membersihkan dan memperbesarkan sungai yang sempit perlu dilakukan atau dirancang dari sekarang supaya impak banjir pada masa akan datang tidak terlalu memberi kesan serta dapat mengurangkan masalah banjir.

“Begitu juga PBT dan JKR, perlu melihat parit-parit yang tersumbat supaya dibersihkan agar aliran air semasa hujan lebat lebih cepat sekali gus mengurangkan risiko banjir, itu yang kita harapkan,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya