HomeUtamaPemancing Lemas, Rakan Masih Hilang

Pemancing Lemas, Rakan Masih Hilang

Read Time:1 Minute, 15 Second

KUDAT : Mayat seorang lelaki ditemui manakala rakannya masih belum ditemui selepas kedua-dua lelaki terbabit melakukan aktiviti memancing di perairan Kudat disini.

Pengarah Zon Maritim Kudat, Komander Maritim Boon Chin Chau berkata, berdasarakan maklumat, mangsa dikatakan telah keluar memancing kira-kira jam 8 pagi pada 1 Januari lalu sebelum dilaporkan hilang.

“Mangsa Kamri Kail, 51, dan Laurun Maujun, 53, telah keluar memancing dengan menaiki sebuah bot kayu di sekitar kawasan perairan antara Kampung Limbuak Laut dan Pulau Balambangan.

“Walaubagaimanapun, kedua-dua mangsa dilaporkan masih belum pulang sehingga aduan diterima semalam iaitu pada 4 Januari jam 10.58 pagi,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Beliau berkata, berikutan itu, operasi Carilamat diaktifkan oleh Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Kota Kinabalu pada jam 11.30 pagi semalam selepas menerima aduan mengenai kejadian berkenaan.

Katanya, mayat Laurun Maujun kemudiannya berjaya ditemukan penduduk kampung di kawasan perairan Kampung Selamat,Pulau Balambangan kira-kira jam 3 petang.

“Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Klinik Kesihatan Kerakit, Pulau Banggi untuk tindakan lanjut oleh pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM).

“Manakala satu mangsa lagi belum ditemui dan usaha-usaha pencarian masih diteruskan dengan dikoordinasikan Maritim Malaysia dan turut dibantu oleh Agensi sahabat seperti PDRM, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA),” katanya.

Katanya, Maritim Malaysia dan Pasukan Polis Marin telah mengatur gerak dua aset masing-masing dalam melaksanakan OP CARILAMAT ini.

“Komuniti maritim dinasihatkan berwaspada dan menangguhkan dahulu aktiviti laut susulan keadaan cuaca buruk serta angin kencang yang melanda perairan Kudat pada masa ini,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Tindakan tegas jika tidak senonoh ketika sambutan Kaamatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya