HomeUtamaJawatankuasa Tindakan Pelancongan Tongod Perlu Diwujudkan

Jawatankuasa Tindakan Pelancongan Tongod Perlu Diwujudkan

Read Time:1 Minute, 6 Second

TONGOD : Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah (KEPKAS) mahu satu Jawatankuasa Tindakan Pelancongan daerah Tongod diwujudkan bagimendokong usaha pembangunan pelancongan luar bandar berasaskan komuniti.

Menterinya, Datuk Jafry Arifin berkata, jawatankuasa itu juga akan membantu kementerian dalam merancang dan melaksanakan program pembangunan termasuk naiktaraf infrastruktur asas pelancongan agar lebih berdaya saing.

“Selain itu, ia juga bakal memberi kemudahan terutama kepada pelancong tempatan dan asing untuk mendapatkan maklumat mengenai keistimewaan setiap kawasan pelancongan yang ada.

“Saya juga mahu menggalakkan para penduduk kampung untuk membangunkan produk pelancongan yang berpotensi di kawasan masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan selepas menghadiri Majlis Taklimat Pembangunan Daerah Bersama Pegawai Daerah Tongod Mohd Fauzi Norbeh dan agensi-agensi kerajaan di daerah ini disini semalam.

Jafry berkata, sehingga kini, KEPKAS telah meluluskan sekurang-kurangnya 12 projek di daerah Tongod untuk pelaksanaan projek-projek kecil dibawah RM20,000.

Katanya, antara yang diluluskan adalah termasuk, pemilik Rumah Besar Cina yang menerima peruntukan kira-kira RM20,000 bagi menaiktaraf Rumah yang dijadikan tempat untuk pameran sejarah dan warisan peninggalan budaya masyarakat Cina.

“Selain itu, Majlis Daerah Tongod juga telah menerima kira kira RM40,000 bagi menaiktaraf tugu Heart of Borneo iaitu mercu tanda bagi daerah itu.

“KEPKAS sentiasa bersedia memberikan bantuan untuk membangunkan industri pelancongan di Tongod, selain membantu memasarkan produk yang berpotensi di seluruh negara,”katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular