HomeUtamaKomuniti Maritim Harus Peka Dengan Keselamatan Di Laut

Komuniti Maritim Harus Peka Dengan Keselamatan Di Laut

Read Time:1 Minute, 18 Second

KOTA KINABALU: Komuniti maritim khususnya di Sabah diingatkan untuk sentiasa peka dengan tahap keselamatan semasa melaksanakan sebarang aktiviti di laut.

Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah berkata, cuaca buruk yang melanda negara khususnya di Sabah boleh mendatangkan insiden yang tidak diingini berlaku,sekiranya lalai dengan tahap keselamatan diri.

Katanya, merujuk kepada amaran cuaca yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia Isnin lalu, keadaan angin kencang dan laut  bergelora kategori pertama adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut, sukan laut dan aktiviti lain di laut.

“Angin kencang sehingga 50 kilometer sejam beserta laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga ke 4.5 meter dijangka akan berterusan sehingga 6 Januari 2022.

“Dalam tempoh empat hari memasuki tahun baharu 2022, Maritim Negeri Sabah dan Labuan telah merekodkan dua kes  Carilamat,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Mohd Rosli berkata, ia melibatkan kes pertama iaitu kejadian bot karam di perairan Batu Payung pada 1 Januari lalu melibatkan sembilan mangsa dengan tiga daripada mangsa telah meninggal dunia.

“Manakala kes kedua berlaku di perairan Lambidan, Menumbok membabitkan seorang lelaki yang dikhuatiri lemas semasa melakukan aktiviti menangkap ikan di kawasan pesisiran pantai, pagi semalam,” katanya.

Sementara itu, Mohd Rosli berkata, Maritim Malaysia menyeru kepada semua komuniti maritim untuk sentiasa peka dengan keadaan serta perubahan cuaca dan memastikan keadaan bot selamat untuk digunakan selain memakai jaket keselamatan ketika melakukan aktiviti di laut.

Katanya, sebarang kejadian kecemasan yang berlaku di laut boleh terus hubungi talian kecemasan MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Sabah dan Labuan ditalian 088-387774.

RELATED ARTICLES
Utama

Pendidikan berlandaskan Al-Quran teras lahir modal insan perkasa bangsa, negara

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya