HomeIsu tempatanPolis Buru Lelaki, Suspek Kes Bunuh Di Penampang

Polis Buru Lelaki, Suspek Kes Bunuh Di Penampang

Read Time:1 Minute, 5 Second

PENAMPANG: Polis sedang memburu seorang suspek lelaki bagi membantu siasatan kes bunuh di sebuah pusat hiburan di Penampang Baru dekat sini pada Selasa.

Menurut kenyataan media Ibu Pejabat Polis (IPD) Penampang yang dikeluarkan hari ini, dalam kejadian pada Selasa (4 Jan) , jam 3.34 petang, pegawai penyiasat menerima panggilan kecemasan mengenai seorang lelaki ditikam di lokasi berkenaan.

“Pasukan siasatan Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) IPD Penampang bergegas ke lokasi kejadian dan setibanya di sana, mangsa telah dikejarkan ke hospital Queen Elizabeth I untuk rawatan kecemasan.

“Hasil siasatan awal di tempat kejadian melalui rakam litar tertutup (CCTV) di kawasan tersebut mendapati empat lelaki mendekati mangsa dan seorang lelaki mengeluarkan objek senjata tajam dan menikam mangsa namun objek tersebut tidak ditemui semasa siasatan di tempat kejadian.

“Manakala hasil siasatan lanjut di Zon Kecemasan (Red Zone) Hospital Queen Elizabeth I, mangsa seorang lelaki tempatan berusia 29 tahun itu telah ditikam di rusuk kiri. Pihak hospital telah mengesahkan mangsa telah meninggal dunia pada jam 8.38 malam tadi.

“Suspek lelaki terbabit dikenal pasti sebagai Kaw Yung Chee, 34, berasal dari Kota Kinabalu,” kata kenyataan itu.

Suspek Kaw Yung Chee. – Foto Ihsan IPD Penampang.

Sehubungan dengan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat tentang suspek supaya segera menghubungi balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

28 Hafiz, Hafizah sertai kategori hafazan pada MTHQNS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya