HomeUtamaHajiji Terima Kunjungan Perpisahan Pengarah MITI Sabah

Hajiji Terima Kunjungan Perpisahan Pengarah MITI Sabah

Read Time:32 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menerima kunjungan perpisahan daripada Pengarah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Sabah, Mohd Hijri Mat Rani di kediaman rasminya di Sri Gaya, hari ini.

Hajiji mewakili Kerajaan Negeri merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Mohd Hijri yang telah berkhidmat di Sabah, terutamanya dalam membantu meningkatkan sektor perdagangan di negeri ini.

Mohd Hijri telah berkhidmat selama 3 tahun sebagai Pengarah MITI Sabah.

Jawatan baru yang akan beliau sandang ialah Pegawai Khas kepada Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Sementara itu, Hajiji turut menerima kunjungan hormat daripada Ketua Pengarah Insolvensi Malaysia, Dato’ Anita Harun dan rombongan.

RELATED ARTICLES
Utama

Malaysia rakam takziah, simpati pada Iran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular