HomeUtamaCOVID-19 : 17.9 Peratus Jumlah Jangkitan Dalam Kalangan Kanak-Kanak

COVID-19 : 17.9 Peratus Jumlah Jangkitan Dalam Kalangan Kanak-Kanak

Read Time:1 Minute, 18 Second

KOTA KINABALU : Seramai 17.4 peratus daripada 258 kes jangkitan COVID-19 yang direkodkan hari ini adalah dikalangan kanak-kanak yang belum layak menerima vaksin.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, ibu bapa juga boleh menjadi pembawa virus dan menjangkiti anak-anak mereka di rumah yang masih kecil.

“Adalah diperhatikan bahawa sekitar 70 peratus daripada kes-kes baharu setiap hari melibatkan mereka yang sudah lengkap divaksin.

“Ia memberi gambaran seolah-olah ramai daripada mereka ini beranggapan mereka sudah kebal daripada jangkitan.

“Anggapan ini bukan sahaja salah tetapi mereka tidak sedar bahawa mereka boleh menjangkiti pula anak-anak mereka dirumah yang belum layak divaksin,”katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Sementara itu, Masidi berkata, kes jangkittan COVID-19 di Sabah hari ini merekodkan peningkatan sebanyak 97 kes menjadikan jumlah kumulatif harian sebanyak 258 kes.

Katanya, sebanyak 10 daerah merekodkan kes pada kadar dua angka dengan Penampang mencatatkan kes tertinggi di Sabah dengan 49 kes, diikuti oleh Kota Kinabalu 32 kes, Tuaran 22 kes dan Kota Marudu serta Kota Belud masing-masing mencatatkan 19 kes.

“Daerah Penampang juga mencatatkan peningkatan kes baharu tertinggi (+30) dikalangan 27 daerah di Sabah.

“Sebanyak 12 daerah mencatatkan kes satu angka dan lima daerah lagi tidak merekod sebarang kes baharu pada hari ini,”katanya.

Katanya, 252 daripada 258 kes pada hari ini berada dalam Kategori 1 dan 2 manakala tiada kes dalam Kategori 3, manakala tiga kes dalam Kategori 4 dan terdapat satu kes dalam Kategori 5.

“Terdapat dua kes yang masih lagi dalam penilaian pihak Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS),”katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular